Who Love me?

What's time now?

Monday, November 9, 2015

Kahwin Kahwin Kahwin

Assalamualaikum.
Lama betul x update. Syukur kepada Allah yang masih memberi kesempatan kepada kita untuk melihat dunia.Disebabkan insyallah tidak lama lagi akan melayari bahtera alam perkahwinan jadi di kesempatan ini aku nak share lah sikit hadith2 sohih mengenai fiqh perkahwinan. It doesn't mean that being single is bad but it is more about our preparation to give full commitments in our new life and jangan risau we are still learning. Jodoh Ajal Maut semestinya benda ghaib yang tidak seorang manusia pon yang dapat tahu bila dimana dan bagaimana. Jadi kepada mereka yang sudah bersedia dan kepada mereka yang masih ragu2 jom kita baca kita sekarang dibahagian :hukum" yang mana.

HUKUM-HUKUM PERKAHWINAN
Hukum asal suatu perkahwinan adalah harus sahaja tetapi dalam pada itu berkemungkinan boleh berubah menjadi wajib, sunat, haram dan makruh di mana sesuai dengan keadaan seseorang yang akan menempuh perkahwinan. Huraiannya adalah seperti berikut :-
1. Perkahwinan yang wajib.
Orang yang diwajibkan berkahwin ialah orang yang mampu untuk berkahwin, sedang ia khuatir terhadap dirinya akan melakukan perbuatan zina.
2. Perkahwinan yang sunat
Orang yang disunatkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin dan sanggup memelihara diri dari kemungkinan melakukan perbuatan yang terlarang.
3. Perkahwinan yang haram Orang yang diharamkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin tetapi kalau ia berkahwin diduga akan menimbulkan kemudharatan terhadap pihak yang lain seperti orang gila, orang yang suka membunuh atau mempunyai sifat-sifat yang dapat membahayakan pihak yang lain dan sebagainya.
4. Perkahwinan yang makruh
Orang yang makruh hukumnya berkahwin ialah orang yang tidak mempunyai kesanggupan untuk berkahwin (dibolehkan melakukan perkahwinan) tetapi ia dikhuatiri tidak dapat mencapai tujuan perkahwinan. Oleh itu dianjurkan sebaliknya ia tidak melakukan perkahwinan.
Demikian huraian hukum-hukum perkahwinan yang boleh dijadikan panduan dan juga pengajaran yang baik kepada sesiapa yang hendak berkahwin.

HIKMAH PERKAHWINAN
Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai faedah dan hikmahnya yang tersendiri. Faedah dan hikmah tersebut boleh dilihat dan difikir oleh akal manusia, hanya Allah Taala sahaja yang mengetahuinya. Begitulah juga dengan perkahwinan, mempunyai faedah dan seterusnya kepada masyarakat Islam.
Di antara faedah dan hikmahnya ialah :-
1. Supaya manusia itu hidup berpasangan menjadi suami isteri yang sah bagi mengatur dan membangunkan rumahtangga dengan janji-janji setia (akad nikah) sehidup semati.
2. Supaya perhubungan lelaki dan wanita akan lebih bermakna lagi di sisi Allah dengan ikatan dan pertalian yang kukuh di mana tidak mudah putus atau diputuskan.
3. Membangunkan masyarakat dari asas-asas rumahtangga yang damai dan berdisiplin.
4. Supaya umat manusia berkembang biak bagi meramaikan dan memakmurkan bumi Allah yang luas ini.
5. Supaya dapat melahirkan keturunan bangsa manusia yang diakui sah serta kekal pula dalam masyarakat dan negara.
6. Supaya dapat menumpukan perasaan mahabbah, kasih sayang, tanggungjawab seorang suami kepada isteri, seorang bapa kepada anaknya, seorang datuk kepada cucunya dan seterusnya dari sebuah masyarakat kepada negara.
7. Perkahwinan membuka pintu rezeki serta nikmat hidup.
8. Perkahwinan memelihara agama, kesopanan, kehormatan dan kesihatan.
9. Menyempurnakan naluri manusia bagi mendapat kepuasan nafsu dan keinginan syahwat serta menjauhkan diri dari gangguan godaan maksiat dan kezalinan yang amat dilarang oleh agama.
Pendek kata perkahwinan adalah peraturan dari Allah Taala yang diturunkan untuk kebaikan seluruh masyarakat manusia.

HIMPUNAN AYAT-AYAT Al-QURAN & HADIS TENTANG PERKAHWINAN
01. Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, “Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku”.
02. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat”.
03. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu.”
04. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir. (riwayat Bukhari & Muslim)
05. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.
06. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana”. (riwayat Ibnu Majjah)
07. Diharamkan atas kamu mengahwini ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, saudara-saudara perempuan kamu, saudara-saudara perempuan bapa kamu, saudara-saudara perempuan ibu kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara lelaki kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara perempuan kamu. (An-Nissa: 23)
08. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya.” (riwayat Al-Tabrani)
09. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga.” (riwayat Abu Hurairah)
10. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.
11. “Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja.” (An-Nisa: 3)
12. “Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)
13. “Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula.” (An Nur: 26)
14. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, ” Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti.” (riwayat Abu Asakir).
15. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya.
16. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya apa yang dilakukan oleh Rasullulah SAW dalam rumahtangganya? Jawab Aisyah: Nabi SAW biasa membantu kepentingan keluarganya. Menyapu rumah, menjahit baju yang koyak, memperbaiki sepatu dan memerah susu kambing. Bila tiba waktu solat tiba baru baginda berhenti, kemudian menunaikan solat.”
17. Terdapat beberapa cara untuk menggauli isteri secara baik antaranya tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan masyarakat umum. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda, “Seburuk-buruk manusia disisi Allah pada hari Kiamat adalah seorang lelaki yang menceritakan hubungan dengan isterinya dan isteri yang berhubungan dengan suaminya lalu menyebarluaskan rahsia mereka.”
18. “Isteri-istei kamu adalah seperi kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki.” (Al Baqarah: 223)
19. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.
20. “Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada -Ku-lah tempat kembalimu (Luqman:14)
21. “Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu.” (An-Nisa’: 1)

Friday, April 4, 2014

KIRA KALORI DALAM MAKANAN ANDA

Assalamualaikum
Memandangkan aku dah mula mengira kalori dalam makanan so aku nak ajak jugak kalian cuba sama2.Actually seronok tau tp tu lah kne bny google plan your diet meal and santiasa on calculator..So permulaan kne tau dulu berapa bny kalori yg perlu di ambil dalam sehari.Ukuran pengambilan kalori harian bergantung berat badan terkini dan tinggi so jom kira kat caloriking.com

Kuih Muih
1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Makanan Utama (tiap porsi)
1.Ayam Bakar=173 seketol
2.Bakmi Goreng=308
3.Bakwan Kepiting =98
4. Bubur Ayam =275 semangkuk
5.Sotong Bumbu =138
6. Sotong Goreng=265
7.Daging Bumbu=319
8. Empal Goreng =139
9. Gulai Asam Manis =192
10. Ikan Mas Goreng=150
11. Kari Kambing =180
12. Kweetiauw Goreng=500
13. Laksa=499
14. Mentega=102
15. Mee Goreng=660
16.Mee Hokkien=427
17.Mee Instant=440
18.Mee Bakso=300
19. Nasi Ayam=300(tanpa ayam)
20. Nasi Goreng=550
21.Nasi Uduk=152
22. Paha Ayam Goreng Kalasan=275
23.Rendang(serdak)=139
24. Rendang Ayam =341 (ketulan kecil)
25.Sate Ayam(secucuk) =35
26.Sirloin Steak =852
27.Sosej lembu Goreng=186
28.Soto Daging=102
29.Steak Daging=481
30.Sup Ayam (kuah sahaja)84
31. Sup Kambing= 227
32. Tahu Goreng(seketul)= 32
33.Telur Dadar=127
34. Tempe Goreng=82
35. Tumis Daging Szechuan= 272
36.Tumis Kangkung=150
37Tumis Sawi Putih=148
38.Udang Asam Manis=204
39.Udang Bakar=97
40.Ayam masak lemak=331
41.Bacang=82

Kalau nak full set senarai menu bolehla click pdf ni

Friday, March 21, 2014

PUISI

PEREMPUAN -Ustazah Halimah Al-'Aydrus

Perempuan
Duhai siapakah kau ini?
Jika jadi anak dia adalah bidadari ayah bunda
Permata yang siang malam dijaga keduanya
Jika jadi pasangan ia adalah kesenangan terindah
Surga untuk pasangannya di dunia
Jika jadi org tua waaaahhh
Surga itu telah berpidah di telapak kakinya
Ia bawa kemana-mana
Nabi pun membilangnya sebagai tiang
Tatkala kehidupan adalah bangunan
Ya engkaulah tiang itu engkaulah perempuan

Perempuan adalah tiang negara
Kalau baik perempuannya maka baiklah negaranya
Jika perempuan rusak maka hancurlah negaranya

Engkaulah tiang dalam bangunan rumahtanggamu
Engkau sandaran bagi dindingm pintu,atap dan jendela
Nabi selalu benar memilih istilah kata
Kerna di rumahmau segala urusan kepadamu tertumpu
Maka sebagai tiang kau harus kuat tak tergoyahkan
Sebagai sandaran kokohmu adalah karang dilautan
Tidak rentan diterjang anigin dan badai

"Tapi aku tak sekuat itu!"katamu
Tunggu wahai perempuan
Kau lupa
Ada Allah dalam hidupmu
Yang siap menanggung segala keluh
ada Allah dalam harimu

Tuesday, March 18, 2014

LIRIK & MAKNA QASIDAH-YA HANANA

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad
Telah muncul agama yang didukung, dengan munculnya sang Nabi Ahmad

يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana na bimuhammad dzalikal fadhlu minallah
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami

خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani wa hawa luthfal ma’ani
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna

مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani wa a’laihi anzalallah
Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW)

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami

مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
min makkatillamma dzohar liajlihin syaqqal qomar
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),

وَافتخَرَت الُ مُضَر بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor bihi ala kullil anam
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia


يَاهَانَانَأ
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon wa ajallunnasi khuluqon
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya

ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon saa iruw walhamdu lillah
Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi Allah SWT
يَاهَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami al musthofa badrittamami
Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang bulan purnama

صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a’laihi wasallimu yasyfa’ lana yaumazzihami
Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

video qasidah ya hanana

Wednesday, March 12, 2014

HIKMAH & PANDUAN CARA SOLAT YANG BETUL

Assalamualaikum kawan2

Today nak share tajuk yg kat atas ni.Kalau boleh biarlah kita solat tu sempurna dan selagi hidup selagi itu kita belajar jangan malu jangan segan. Cara sembahyang yang betul adalah sangat penting tau kawan-kawan supaya dapat memastikan ibadah solat kita diterima oleh Allah. Kita hidup ini bertujuan utk beramal dan mengejar cinta Allah.

Hikmah-hikmah Solat

Kita sebagai manusia dengan keterbatasan tidak mungkin mengetahui dan mengungkap seluruh hikmah yang terkandung dalam apa yang Allah syariatkan dan tetapkan. Apa yang kita ketahui dari hikmah Allah hanyalah sebahagian kecil, dan yang tidak kita ketahui jauh lebih besar,
“Dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit.” (Al-Isra`: 85).
Allah adalah al-Hakim, pemilik hikmah, tidak ada sesuatu yang Dia syariatkan kecuali ia pasti mengandungi hikmah, tidak ada sesuatu dari Allah yang sia-sia dan tidak berguna kerana hal itu bertentangan dengan hikmahNya.Sekecil apapun dari hikmah Allah dalam sesuatu yang boleh kita ketahui, hal itu sudah lebih dari cukup untuk mendorong dan memacu kita untuk melakukan sesuatu tersebut sbb pengetahuan tentang kebaikan sesuatu membantu orang untuk melakukannya.Setiap perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala mengandungi kebaikan untuk hamba-hamba-Nya. Memperhambakan diri kepada Allah bermanfaat untuk kepentingan dan keperluan yang menyembah bukan yang disembah.
“Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah, Dialah Maha Pemberi rezeki Yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuh.” (QS. Adz-Dzariyaat: 57-58)
Penghambaan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala yang menjadi tujuan hidup dan tujuan keberadaan kita di dunia, bukanlah suatu penghambaan yang memberi keuntungan bagi yang disembah, tetapi penghambaan yang mendatangkan kebahagiaan bagi yang menyembah. Penghambaan yang memberikan kekuatan bagi yang menyembahnya.

وَمَنْ شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ “Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Rabbku Maha Kaya lagi Maha Mulia.” (QS. An-Naml: 40)
Imam Qatadah berkata: “Sesungguhnya Allah memerintahkan sesuatu kepada kalian bukan kerana berhajat padanya, dan tidak melarang sesuatu atas kalian kerana bakhil. Akan tetapi Dia memerintahkan sesuatu pada kalian krn di dalamnya terdapat kemaslahatan untuk kalian, dan melarang sesuatu krn di dalamnya terdapat mafsadat (kerusakan). Oleh krn itu bukan hanya satu tempat di dalam al-Qur’an yang memerintahkan berbuat kebaikan dan melarang berbuat kejahatan.”
Ibadah soalt yang merupakan ibadah teragung dalam Islam termasuk ibadah yang kaya dengan kandungan hikmah kebaikan bagi orang yang melaksanakannya. Siapa pun yang mengetahui dan pernah merasakannya mengakui hal itu, oleh kerana itu dia tidak akan rela meninggalkannya, sebaliknya orang yang tidak pernah mengetahui akan berkata, UNTUK APA NAK SOLAT? Dengan nada pengingkaran.

Di antara hikmah-hikmah shalat adalah:
Pertama: Manusia memiliki dorongan nafsu kepada kebaikan dan keburukan, yang pertama ditumbuhkan dan yang kedua direm dan dikendalikan. Sarana pengendali terbaik adalah ibadah solat. Kenyataan membuktikan bahawa orang yang menegakkan solat adalah orang yang paling minimum melakukan tindak kemaksiatan dan kejahatan, sebaliknya semakin jauh seseorang dari solat, semakin terbuka peluang kemaksiatan dan kejahatan.
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala;
إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ “Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar.” (Al-Ankabut: 45).
Dari sini kita memahami makna dari Allah antara menyia-nyiakan solat dengan mengikuti syahwat yang membawa kepada kesesatan.
فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا
“Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang mensia-siakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan.” (Maryam: 59).

Kedua: Seandainya seseorang telah terlanjur terjatuh kedalam kemaksiatan dan hal ini pasti terjadi krn tidak ada menusia yang ma’shum (terjaga dari dosa) selain para nabi dan rasul, maka solat merupakan pembersih dan kaffarat terbaik untuk itu. Rasulullah shallalahu 'alaihi wasallam mengumpamakan solat lima waktu dengan sebuah sungai yang mengalir di depan pintu rumah salah seorang dari kita, lalu dia mandi di sungai itu lima kali dalam sehari semalam, adakah kotoran ditubuhnya yang masih tersisa?
Dari Abu Hurairah radliyallahu 'anhu berkata, aku mendengar Rasulullah shallalahu 'alaihi wasallam bersabda,
“Menurut kalian seandainya ada sungai di depan pintu rumah salah seorang dari kalian di mana dia mandi di dalamnya setiap hari lima kali, apakah masih ada kotorannya yang tersisa sedikit pun?” Mereka menjawab,”Tidak ada kotoran yang tersisa sedikit pun.” Rasulullah saw bersabda, “Begitulah perumpamaan solat lima waktu, dengannya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan.” (HR. al-Bukhari dan Muslim).
Dari Ibnu Mas’ud radliyallahu 'anhu bahwa seorang lelaki memberi sebuah ciuman kepada seorang wanita, lalu dia datang kepada Nabi shallalahu 'alaihi wasallam dan menyampaikan hal itu kepada beliau, maka Allah menurunkan,
“Dan dirikanlah solat itu pada pagi dan petang dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk.” (Hud: 114)
Lelaki itu berkata, “Ini untukku?” Nabi shallalahu 'alaihi wasallam menjawab, “Untuk seluruh umatku.” (Muttafaq Alaihi).

Ketiga: Hidup manusia tidak terbebas dari ujian dan cubaan, kesulitan dan kesempitan dan dalam semua itu manusia memerlukan pegangan yang kukuh, jika tidak dia akan terseret dan tidak mampu mengatasinya untuk keluar darinya dengan selamat seperti yang diharapkan, pegangan yang kukuh terbaik adalah solat, dengannya seseorang menjadi kuat ibarat batu karang yang tidak hilang/melambung di hantam ombak bertubu-tubi.
Firman Allah, (ertinya) “Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’.” (Al-Baqarah: 45).
Ibnu Katsir berkata, “Adapun firman Allah, ‘Dan solat’, maka solat termasuk penolong terbesar dalam keteguhan dalam suatu perkara.”Firman Allah (ertinya), “Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah: 153).
Ibnu Katsir berkata, “Allah Taala menjelaskan bahawa sarana terbaik sebagai penolong dalam memikul musibah adalah kesabaran dan solat.”
Imam Abu Dawud meriwayatkan dari Hudzaefah bahwa jika Rasulullah shallalahu 'alaihi wasallam tertimpa suatu perkara yang berat maka beliau melakukan soalt. (HR. Abu Dawud nomor 1319).

Keempat: Hidup memiliki dua sisi, nikmat atau musibah, kebahagiaan atau kesedihan. Dua sisi yang menuntut sikap berbeza, syukur atau sabar. Akan tetapi persoalannya tidak mudah, krn manusia memiliki kecenderungan kufur pada saat meraih nikmat dan berkeluh kesah pada saat meraih musibah, dan inilah yang terjadi pada manusia secara umum, kecuali orang-orang yang solat. Orang yang solat akan mampu menyeimbangkan sikap pada kedua keadaan hidup tersebut.
Firman Allah, (ertinya), “Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kufur. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah. Dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kufur, kecuali orang-orang yang mengerjakan solat, yang mereka itu tetap mengerjakan solat.” (Al-Ma’arij: 19-23).
Ibnu Katsir berkata, “Kemudian Allah berfirman, ‘Kecuali orang-orang yang solat’ yakni manusia dari yang dia memiliki sifat-sifat tercela kecuali orang yang dijaga, diberi taufik dan ditunjukkan oleh Allah kepada kebaikan yang dimudahkan sebab-sebabnya olehNya dan mereka adalah orang-orang solat.”
solat adalah ibadah mulia lagi agung di mana kita amat memerlukannya dan bukan ia yang perlukan kita, dari sini kita mendapatkan ayat-ayat al-Qur`an menetapkan bahwa perkara solat ini merupakan salah satu wasiat Allah kepada nabi-nabi dan wasiat nabi-nabi kepada umatnya.

PANDUAN CARA SOLAT YANG BETUL boleh click disini

Wallahu a’lam!!!! - See more at: http://www.voa-islam.com/read/smart-teen/2009/07/07/166/hikmahhikmah-shalat/#sthash.R05qvaWm.dpuf

Tuesday, March 11, 2014

PENGHAYATAN DALAM LAGU

Assalamualaikum..

kat sni juga aq nk create ruang utk aq post lirik2 yang aq rasa penuh penghayatan dan makna yang nk disampaikan moga kita dapat belajar dan lebih rasa cinta akan Allah yang Satu.

LANTERA HATI-SNADA

Di tengah malam
Yang sunyi
Kurendahkan hati
Demi kebenaran hakiki

Ku buka lembaran suci
Kalam Ilahi
Sebagai Lentera Hati
Ya Illahi Rabbi
Arahkanlah hati ini
Dengan petunjuk-Mu
Cahaya-Mu

Ya Allah
Yang Maha suci
Sayangilah hamba ini
Dengan belaian-Mu
Kasih-Mu

Friday, March 7, 2014

SYAIR PARA PEJUANG ISLAM DI ZMN RASULULLAH S.A.W

Petikan syair ini di ambil dalam buku karya Ustaz Ebit Lew berjudul "TANGISAN UMAT"

1) Syair Abdullah Bin Rawahah

Syair jawapan beliau kpd laungan kaum muslimin "Allah menemani kamu mempertahankan kamu dan memulangkan kamu kepada kami dalam keadaan baik"..lalu beliau membalas

"Tetapi aku memohon keampunan dari ar-Rahman di samping sebilah peang yang memancungku,memancut darahku,atau sebatang tombak menusuk dadaku,mengoyak dadaku,mengoyak hati jantungku supaya orang yang melintas atas pusaraku berkata: Wahai Allah, pejuang-Mu telah menempah kejayaan Allah telah menganugerahkan kurniaan kepada pejuang, pejuang-Mu telah mendapat hidayat dari-Mu

2) Madah Ja'far bin Abi Talib

"Alangkah indahnya syurga
Nah,kita telah hampir kepadanya
Syurga yang serba baik isinya
Sejuk nyaman airnya
Enak minumannya
Tibalah sudah
Azab ke atas bangsa Rom
Rom bangsa kafir
Yang memerangi pasti saya"


3) Madah Abdullah bin Rawahah

"Wahai hatiku,Wahai diriku
Engkau harus mara, samada dipaksa atau rela
Hidupku yang tenang telah ke belakang
Kenanglah
Engkau sebenarnya berasal dari setitis mani
Lihat di sana musuh-musuh kafir yang sedang mara
Ke arah muslimin,seolah olah ditarik,
Andainya engkau tidak dibunuh,
Engkau akan mati juga akhirnya"


4) Madah Abdullah ibnul Mubarak

"Wahai orang yang beribadat di Haramain (Mekkah dan Madinah)
Seandainya kamu melihat kami di sini (di medan jihad)
Pasti kamu akan mengetahui
Sesungguhnya kamu dengan amal ibadat kamu
Adalah bermain-main sahaja
Seandainya pipi-pipi kamu
Dibasahi dengan air mata
Maka leher-leher kami
Dibasahi dengan darah-darah kami.."




Tuesday, March 4, 2014

CORETAN ILMU-SBM3.0

Assalamualaikum kwn2.. Semalam dah janji nak share beberapa ilmu yg aku dapat selama 2 hari di SBM3.0 kan?so hari ni aku buat list..smua ni di ambil dr kata2 ustaz dan ustazah yg sampaikan ilmu dlm setiap sesi mereka so mana yg sempat je la aq catit hari tu.hope sama2lah kita dpt ambil manfaatnye ye

1/3/2014

1) kalau pergi kerja leh berwangi wangian berdandan pastikan pulang dari kerja jumpa pasangan kita dan anak2 juga dalam keadaan yg sama,kalau boleh mandi kat opis mandi dulu siap2 dan bila sampai rumah kene senyum dan ceria

2) kalau kau bingung utk memilih pasangan/calon wlaupon dh melakukan istikharah tolong pilih yg bertentangan dgn hawa nafsu..maksudnya disini kalau kita lihat or pilih seseorang tu semata2 lebih pd pandangan or hati yg bernafu so kita pilih berlawanan..klo kita suka die sbb dp tau dye kaya raya so matikan hajat,pilih calon yg bersederhana.

3) kalau isteri dah berusaha kejutkan suami or bantu suami kembali ke arah or jalan kebaikan ttp suami ttp tidak mahu isteri tersebut trlepas drpd dosa TETAPI kalau si suami gagal mmbawa isteri ke jalan kebaikan suami tersebut tidak boleh berhenti usahanya smpai akhir hayat dia or isteri dia sbb Suami Tentukn Syurga isteri manakala Isteri Tentukan Neraka Suami.

4) Persoalan: Ustaz mcm mana nk kenal calon kita tu soleh ke tidak? Ustaz: mmg kalau basic kita tgk solatnya puasanya TETAPI sebenarnya kita perlu mohon FATWA HATI krn hati yang dkt dengan Allah tidak akan menipu dengan penipuan!

5) Ustz Radhauddin cdg biar kita bernikah sbb nak INVEST PAHALA jadi dgn itu dpt menaikkan semnagt kita utk menjadi psgn yg soleh solehah dan mencantikkan keluarga kelak insyaallah.

6) Pilih bapa mertua yang tahu agama krn bapa mertua yg tahu agama tidakkan akan meletakkan harga anak dara mereka-Tuan Samsudin Kadir

7) "Saya tidak akan hadir ke majlis perkahwinan yg dimana pasangan berseronok utk majlis mereka 4jam tp selepas itu hamba hutang seumur hidup,sy prefer hadir majlis kesyukuran perkahwinan maksudnya disini majlis yg tidak terlalu gah manakalaa kalau yg melibih2kan adat sehingga mngenepikan agama kalau hadir yg gah2 sy akn dpt dosa sbb mnyumpah dan mencaci"-Tuan Samsudin Kadir

2/3/2014

1) 2 perkara menilai org yg beriman adalah mereka perlu mmpunyai sifat 'harap' & takot. Berharap kpd Allah benda kebaikan dan takot kpd Allah kalau amalan yg dilakukan tidak diterima- Ustaz Ebit Lew

2) Tuntutan senyum adalah apabila seseorang itu dalam keadaan tertekan/bermasalah/sedih/dihina dan sewaktu dgnnya.

3) Kepentingan solat dlm amalan rasulullah: Apabilaterdengar laungan azan Aisyah RA meriwayatkan nabi seolaha2 tidak kenal ahli keluarga sendiri krn nabi sgt mementing kan sola dan di setiap rukun solat setiap rakkat beliau menangis & kaki baginda rasulullah bengkak serta lebam lalu Aisyah RA bertanya mengapa baginda melakukan sampai sebegitu sekali lalu baginda mnjawap "tidak bolehkah kalau aku menjadi hamba yg bersyukur kpd Tuhanku?"-hadithsahih

Monday, March 3, 2014

Aktif kembali!!

Assalamualaikum Hooaaaa dh 2014..lamanya xmenulis x berkongsi ilmu dengan kalian semua..maafla sebab akhir 2013 alhamdulillah aku sekeluarga didatangkan dugaan yg merupakan satu rahmat sebenarnya tp xperlu kot utk aku share sbb kisahnya panjang nak pendekkan mcm leceh je..huhuhu pe yang aku harapkan adalah doa kalian dan kemaafan kalian ye la mulut laser ni yg bny kekhilafan diri mungkin pernah buat hati kalian terguris ke.so baiklah kita akan mula berkongsi ilmu bermula dari hari ni ye..aku baru2 ni menghadiri seminar BAITULMUSLIM3.0 tau x pa itu baitul muslim? link dr rakan so boleh follow dia :)selepas seminar tu alhamdulillah bny info psl hal2 rumah tangga ni insyaallah siap karang dan catit tips akan aku kongsi dengan kalian semua ya :) #letsmuslimah #sayasygkwn2muslimahsaya :*

Friday, May 4, 2012

10 SURAH YG DPT M'HALANG UJIAN BESAR ALLAH

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT. 2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat. 3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat. 4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir. 5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur. 6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan. 7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian. 8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq. 9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki. 10- Surah An-Nas dapat melindungi daripada was-was