Who Love me?

What's time now?

Thursday, July 14, 2011

TINDAKAN: KONTROVERSI YASMIN AHMAD


“Yasmin Ahmad dilahirkan sebagai wanita, mengamalkan cara hidup wanita dan meninggal (dunia) sebagai wanita. Malah, semua dokumen mengenainya ada kami simpan, termasuk surat dari Majlis Fatwa. Jadi, mengapa dan kenapa perkara ini dijadikan isu sensasi.” demikian kata ibu kepada pengarah filem terkenal, Yasmin Ahmad, iaitu Inom Yon.

Kontroversi yang mengguris hati keluarga Allahyarham Yasmin Ahmad itu bermula apabila sebuah akhbar tabloid menerbitkan satu kenyataan yang memalukan dan seolah-olah menghina Allahyarham iaitu apabila jantina bagi pengarah terkenal itu dipersoalkan.

Akibat dari kenyataan tersebut, keluarga Allahyarham membuat keputusan untuk mengambil tindakan mahkamah kepada akhbar tersebut gara-gara kenyataan tersebut yang menyebabkan maruah Yasmin Ahmad serta keluarganya sedikit sebanyak tercemar.

Walaubagaimanapun, mereka setuju untuk menarik balik tindakan mahkamah sekiranya pihak akhbar tersebut menemui keluarga Yasmin Ahmad selain memonhon maaf secara terbuka. Bagi mereka, bukan keuntungan atau publisiti yang dimahukan tetapi keadilan dan demi menjaga nama baik Yasmin Ahmad sahaja.

Namun, sampai ke hari ini, pengarah dan wartawan bagi akhbar tabloid terbabit tidak menemui mereka sekeluarga. Yang datang hanya pegawai atasan mereka dengan membawa surat permohonan maaf dari syarikat penerbitan terbabit. Selain itu, permohonan maaf mereka juga dibuat di dada akhbar terbabit pada hari Khamis lalu.

Di mana pengarah dan wartawan yang sepatutnya bertanggungjawab dengan kenyataan di akhbar terbabit? Adakah mereka tidak merasa bersalah atau risau sekiranya imej negatif akan terpalit sekiranya mereka menunjukkan muka?

SUMBER: http://newshazyyah.wordpress.com/


No comments:

Post a Comment